Sunday, March 14, 2010

Pertemuan Sdr. Afzan (Ketua Grup Al-Fatih) dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman



Pada 11 Mac 2010, Ketua Grup Al-Fatih, Saudara Faizul Afzan telah mengadakan pertemuan dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman, merupakan seorang pengkaji Ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh dan juga bakal menerbitkan sebuah buku Strategi Kuasa Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang akan terbit pada 29 Mac 2010. Beliau merupakan lepasan penuntut UIAM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab UIAM.


Pernah menyandang kepimpinan dalam organisasi pelajar dan mahasiswa iaitu Mantan Setiausaha Agong BADAR dan LKP KISAS (1998-2001) . Mantan Setiausaha Agong GAMIS (2007-2009). Beliau kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat M.A (Human Sciences in Islamic History and Civilization). Bercita-cita melakukan kajian PhD dalam Sejarah Islam Usmaniah dan thesis mengenai pemikiran, karakter kepimpinan dan "the art of war" Sultan Muhammad al-Fateh (Mehmet II) serta sistem pendidikan Usmaniah yang wujud pada eranya dan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.



Kini beliau merupakan Senior Motivator di I.P Minda Sdn. Bhd Training & Consultancy (www.ipminda.com).


Pertemuan Ketua Grup Al-Fatih dengan Ustaz Syaari bakal memberikan satu kolaborasi strategik di masa akan datang bagi memantapkan lagi kajian grup mengenai ketokohan Sultan Muhammad Al-Fatih agar nilai-nilai dan bahan kajian untuk diaplikasikan dalam bidang dan gerak kerja relawan GPTD. Dalam pertemuan tersebut, saudara Faizul Afzan mengikuti ceramah Ustaz Syaari bertajuk "Talk 2012" yang merupakan ceramah penting untuk difahami oleh generasi muda di abad ini.

Fakta Menarik Tentang Ustaz Syaari Abd Rahman
Meletakkan cita-cita 10 tahun lagi untuk membuka :
- Akademi Kepimpinan Al-Fateh (AF)
- Institut Kajian Dasar Usmaniah
- Studio Animasi Darul Digital 1453
- Pawagam An-Nur (mengambil istilah kitab paling berpengaruh Badiuzzaman Said Nursi).

Kini sedang memegang taklifan sebagai Setiausaha Eksekutif Akademi Kepimpinan Pemuda DPPP dan ahli Institut Pemikiran Muda.

Beliau boleh dihubungi di laman blog :
[ www.rijal82.blogspot.com ]
[ www.read1453.blogspot.com ]

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum,saya Afiq dari MCKK,lepasan spm 2014,saya nak bertanya bagaimana nak menyambung pengajian dalam bidang sejarah Uthmaniyyah?

Unknown said...

Bolehkah saya bekerja di bawah Ustaz?saya ingin mendalami dengan lebih dalam lagi tentang sejarah Uthmaniyyah