Saturday, July 25, 2009

Kembara Korea 2009




Jeonju, Korea 26 Julai 2009 - Wakil GPTD Kelantan, Saudara Kamil telah memulakan misi pengembaraan di Korea Selatan selama 10 hari bersama wakil GPTD Pusat iaitu Saudara Suhail, Saudara Hakim dan Saudara Afif.

Antara objektif kembara kali ini ialah mendapatkan maklumat komuniti muslim yang berada di sekitar Korea. Pengembaraan kali ini lebih menarik kerana mereka bukan sekadar berada di Seoul bahkan mereka akan menjelajah lebih kurang lima negeri di sekitar Korea. Sekarang mereka berada di Joenju selama dua hari sebelum bertolak Daejon.





Dalam misi penjelajahan ini, perkara utama yang ditekankan adalah untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman bersama komuniti muslim dan juga non muslim di Korea dengan harapan agar ia dapat dijadikan panduan untuk masa mendatang.

Dan jika tiada aral melintang, satu dokumentasi Korea akan dibukukan untuk panduan semua. InsyaAllah. Doakan mereka selamat pergi dan pulang. [ Baca Seterusnya... ]

Thursday, June 11, 2009

Sultan Muhammad Al-Fatih : Perspektif Ustaz Muhammad Fauzi

Dari perspektif : Ustaz Muhammad Fauzi



Lakaran sultan Muhammad al-Fateh



HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.




Guru al-Fateh berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican




Rantai yang merentangi Teluk Horn



Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.



Inilah rantai yang digunakan



Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.






Kapal merentasi gunung - laluan coklat di belakang sebelah kanan



Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin




al-Fateh sebagi pemimpin yang berkarisma dan berwibawa



Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


[ Baca Seterusnya... ]

Friday, May 29, 2009

GPTD Al-Fatih : Merintis misi Tema Muktamar ABIM Kelantan Kali ke 36

29 Mei 2009
From Grup Generasi Al-Fatih | GPTD Kelantan



Usrah exco pimpinan ABIM Kelantan yang berlangsung di Sekretariat ABIM Kelantan dan di naqibkan oleh Yang dipertua ABIM Kelantan, Al-fadhil Ustaz Faisal bersetuju untuk merintis Grup Generasi Al-Fatih yang merupakan grup di bawah GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) sebagai platform bagi menggerakkan misi tema Muktamar ABIM Kelantan kali ini yang akan berlangsung pada Julai hadapan. Dalam usrah ini, sedikit gimik pelancaran Grup ini telah dilakukan oleh Ustaz Faisal di ruangan blog GPTD-AlFatih.

From gptd-alfatih
Dari kiri saudara Anuar Ibrahim, Ustaz Fadlul, Alami (SU ABIM),
Ustaz Faisal (YDP) dan saudara Afzan (Ketua GPTD-Al-Fatih)


Tema yang dipersetujui ahli exco usrah untuk muktamar ABIM Negeri kali ini ialah Meneladani Qudwah, Membina Generasi. Tema ini mengambil semangat dan penghayatan teladan tokoh yang berjaya manakluki kota Konstantinople pada tarikh 29 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih dan generasi terbaik di zaman baginda. Sebagai berkongsi semangat yang di sinergikan pada pertemuan usrah kali ini sehingga mencetuskan Tema dan resolusi merintis Grup Al-Fatih, berikut adalah kronologi dalam pertemuan usrah kali ini :

Pengisian Usrah : Peribadi Unggul Rasulullah, Watak Yang Terakam Dalam Al-Quran

From gptd-alfatih


Usrah yang dimulakan dengan pengisian ringkas oleh Ustaz Faisal tentang isu generasi muda dan penghayatan Qudwah Rasulullah SAW. Menginsafi bahawa Keruntuhan Akhlak/ Moral Generasi Muda bererti Kehancuran Sesuatu Bangsa, bermakna wajarlah generasi muda hari ini harus di bina kembali budi pekertinya. Ustaz Faisal memetik ungkapan seorang penyair bernama Syauqy, beliau Bermadah;

Sesuatu umat itu tidak lain melainkan budi pekerti.
Selama budi pekerti itu ada maka adalah umat. Sekiranya
budi pekerti itu lenyap maka lenyaplah umat .

Ustaz menegaskan generasi perubah masyarakat hari ini sememangnya terdiri daripada mereka yang mempunyai karakter budi pekerti yang mulia. Beliau menyentuh tentang bagaimana hadirnya Rasulullah SAW ditengah-tengah masyarakat jahiliyyah yang mempunyai moral yang amat buruk akhirnya berjaya di ubah secara total moralnya kepada masyarakat yang berakhlak mulia.

Perubahan masyarakat ini boleh dilihat dari karakter Rasulullah sebagai Moralis yang membawa
misi memperteguh asas-asas akhlak yang terpuji dikalangan manusia dan hadirnya baginda di
tengah-tengah masyarakat sebagai pembawa Risalah Kenabian.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya adalah pada diri Rasulullah SAW itu
contoh ikutan terbaik” ( al-ahzab, 33:21 )

“Sesungguhnya engkau itu wahai Muhammad benar-benar punyai budi pekerti yang mulia”
( al-Qalam: 68:4 )

Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”

2 Fungsi Besar Generasi Moralis - Agent Of Change

Rumusan daripada qudwah Rasulullah tadi, dua fungsi besar yang harus di pugar dalam pembawakan generasi muda sebagai "moralis" atau agen perubahan iaitu :

Pertama : sebagai Perubah manusia (Human Transformers)
Kedua : pembina budaya (Culture Builder)
Ustaz menegaskan bahawa dua fungsi ini memainkan peranan yang amat penting kerana sebagai
perubah manusia (human transformer), generasi ini sudah pun melalui saringan kaedah transformasi insan dalam dirinya sendiri iaitu mengubah diri (Taghyir Al-Anfus ) dan membentuk akhlak yang mulia (Taqwin Al-Akhlak Al-Karimah).

Manakala sebagai pembina budaya, generasi muda ini tidak akan dipengaruhi oleh keadaan dan
budaya buruk di sekelilingnya malah mampu mempengaruhi keadaan dan mengubah budaya buruk itu kepada budaya aklaq yang mulia. Bagi mengukuh idea 2 fungsi moralis di atas, Ustaz Faisal mengungkapkan Fakta Sejarah – bahawa ;

Rasulullah SAW berjaya mengubah imej akhlak masyarakat Arab Jahiliyyah yang tergambar seperti penyembahan berhala, pembunuhan anak perempuan, minum arak, berzina, peperangan antara qabilah, penipuan, penindasan bertukar kepada Satu masyarakat yang toleransi, harmonis dan saling hormat menghormati.

Melihat kepada keadaan jahiliyyah moden yang berlaku pada hari ini melibatkan masalah berikut :

Antarabangsa
* Kemiskinan
* Pemimpin Rasuah
* Penyakit Berleluasa
* Buta Huruf
* Budaya Hedonistik Malazzat
* Gejala fasad Mungkar

Lokaliti
* Pengangguran
* Perang Saudara
* Perceraian
* Berkonflik
* Pergaduhan Sesama Sendiri
* Pembaziran
* Tidak Berakhlak
* B’gantung Negara Luar


maka jelas dunia hari ini memerlukan generasi moralis yang mempunyai elemen 2 fungsi untuk merubah masyarakat. Akhirnya perbentangan ini mendapat reaksi pelbagai oleh teman -teman exco bagaimana keadaan semasa di lapangan seperti di alam mahasiswa, masyarakat dan lapangan kerjaya.

29 Mei dan sultan Muhammad Al-Fatih

From gptd-alfatih


Jam 12.00 malam seketika nanti, tarikh akan berganjak ke Tarikh 29 Mei 2009. Tarikh keramat 29 Mei ini suatu ketika dahulu pernah memugar sejarah tentang penaklukan sebuah Kota Agung
yang pernah di ungkapkan oleh Nabi SAW :

“Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan) nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya”
[Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335]

Mengambil semangat 29 Mei 2009, Ustaz Faisal berkongsi dengan pimpinan exco tentang sejarah Al-Fatih yang di adaptasi dari artikel senior iaitu Datuk Husam Musa dalam artikel terkininya mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih.

From gptd-alfatih


Manakala saudara Faizul Afzan yang merupakan Ketua Penyelaras GPTD Kelantan , membentangkan presentasi modul "Meneladani Qudwah, membina Personaliti" yang diadaptasi oleh sejarah Sultan Muhammad Al-Fatih. Modul ini kali pertama di bentangkan di hadapan pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Pulau Chondong, Machang pada 10 APril yang lepas. Modul perbentangan ini merupakan modul motivasi pembinaan karakter generasi muda berasaskan teladan Tokoh khususnya Sultan Muhammad Al-Fatih.

Tema Muktamar ABIM Kelantan

Akhirnya selepas perbentangan pengisian Usrah pada tadi, agenda pengisian usrah beralih kepada perbincangan asas konsep muktamar ABIM negeri Kelantan kali ini. Cukup signifikan, persetujuan exco terhadap konsep Muktamar ABIM kali ini cukup menarik. Tema yang akan diangkat kali ini sememangnya berasaskan modul dan pengisian usrah yang dibentangkanseketika tadi.

Dengan mengambil semangat dan budaya serta minat generasi muda hari ini, dan meneladani qudwah tokoh-tokoh islam terdahulu bermula qudwah teragung Nabi Muhammad SAW, merentasi tokoh-tokoh Islam yang lain sehinggalah kepada qudwah Sultan Muhammad Al-Fatih, persetujuan di kalangan exco ABIM untuk mengangkat tema yang menyantuni kedua-duanya iaitu Meneladani Qudwah , Membina Generasi

Misi di sebalik tema "Meneladani Qudwah, Membina Generasi"

Disebalik tema ini, mempunyai huraian-huraian misi yang akan diserlahkan oleh pimpinan dan aktivis ABIM kali ini. secara asas, tema kali ini akan memperbaharui jenama-jenama program yang sudah dilakukan untuk menarik generasi muda. Setiap aktiviti yang berbentuk rekreasi, ekstrim yang menarik generasi muda seperti mendaki gunung, menjejak pulau , ataupun program yang bersifat motivasi dan ilmiah akan diselarikan dengan Nilai Islam.

Sebagai contoh Ekspedisi Mendaki Gunung bakal dijenamakan sebagai Ekspedisi Tariq Ziad, yang mana disebalik aktiviti ini , kepenatan pendaki merasi cabaran mendaki akhirnya akan di isi makna perjuangan tokoh-tokoh Islam seperti Pangkima Tariq Bin Ziad.

Bahkan aktiviti bersifat kesukanan juga akan diterapkan nilai disebalik itu. Inilah yang dimaksudkan makna tersirat disebalik tema. iaitu menerapkan nilai disebalik aktiviti.

Grup Al-fatih Merintis Tema

Dalam usrah kali ini juga, mengambil semanagat 29 Mei sebagai hari memperingati Pembebasan Konstantinople, Ustaz Faisal dan pimpinan exco secara drastik bersetuju untuk merintis Grup Generasi Al-Fatih kelolaan GPTD dengan menjadikan Ustaz Faisal sebagai mentor dan Faizul Afzan sebagai Ketua Grupnya. Melalui persetujuan itu, sedikit gimik pelancaran ringkas di adakan iaitu YDP ABIM meletakkan kenyataan ringkas di ruangan Shout Box blog GPTD-AlFatih dengan mesej berikut :



YDP ABIM Kelantan :
"Salam. membina generasi perlukan qudwah. abim kelantan akan rintis al-fatih"

kemudian tepat jam 12.00 malam, 29 Mei 2009, Semua Exco ABIM termasuk Setiausaha Agung PPIK (Shahiran) bergambar kenang-kenangan sebagai reaksi pelancaran "Grup Generasi Al-Fatih-GPTD" oleh Al-Fadil Ustaz Faisal. Grup ini akan menjadi perintis , yang akan bergerak bertemu generasi muda menganjurkan program yang berasaskan Tema "Meneladani Qudwah membina Generasi". Grup ini juga akan mengembangkan idea 2 fungsi yang telah dibentangkan oleh Ustaz Faisal dalam usrah tadi iaitu "Human Transformers dan Culture Builder"

From gptd-alfatih
Turut Hadir, Setiausaha Agung PPIK, saudara Syahiran (kiri)


Semoga dengan pelancran Grup ini, akan melahirkan generasi muda khayra Ummah yang akan memimpin masyarakat berasaskan teladan tokoh-tokoh terdahulu. Majlis usrah berakhir sekitar jam 12.15 malam.
[ Baca Seterusnya... ]

Thursday, May 28, 2009

Perspektif Tokoh : Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

sumber : Blog Husam Muda | Cetusan Hati
* Datuk Paduka Husam Musa merupakan mantan Ketua Biro Siswazah Muda ABIM Kelantan.


Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol. Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Keperibadian Sultan Muhammad Al-fatih

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan.
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Teknologi Pertahanan Konstantinople


Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan
lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi
25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebel.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 battalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya. Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Mesej Rasulullah

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Jangka masa Penaklukan sedari baginda Kanak-Kanak

From Grup Generasi Al-Fatih | GPTD Kelantan

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Strategi Penaklukan

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad Al Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

From GPTD | Cawangan Kelantan


Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisa dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Visi Misi yang Jelas

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pembinaan Karakter berasaskan Solat


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan:

“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.

Sang Murabbi yang mendidik Muhammad Al-Fatih

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori: Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.

Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa taqwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerentah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy,
lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu. Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al Fatih.
[ Baca Seterusnya... ]

Monday, April 20, 2009

91 Tahun Kemangkatan Khalifah Terakhir | Sultan Abdul Hamid II

Pada 10 Februari 2009 (Selasa) genaplah 91 tahun kemangkatan khalifah Islam yang ke-34, Sultan Abdul Hamid II. Walaupun baginda bukan Sultan bagi kerajaan Islam yang terakhir, namun baginda dianggap Khalifah terakhir kerana Khalifah yang dilantik selepas pemecatan beliau tidak lain hanyalah boneka dan tidak mempunyai kuasa.

Siapakah sebenarnya Sultan Abdul Hamid ini?

Baginda telah dilahirkan pada 21 September 1842 dan mangkat pada 10 Februari 1918. Baginda memerintah dari 31 ogos 1876 sehingga dipecat pada 27 April 1909.

Negarawan Jerman, Otto von Bismarck yang terkenal sebagai Chanselor besi pernah berkata “jika kebijaksanaan ialah 100 gram, Abdul Hamid memiliki 90 gram, aku memiliki 5 gram dan 5 gram selebihnya dimiliki oleh pemimpin dan tokoh politik yang lain.”

Begitu sekali negarawan ini menyanjung baginda. Apakah sumbangan baginda kepada umat Islam? Ketika baginda menaiki taKhta, kerajaan Turki Uthmaniah sedang bergelut dengan krisis dalaman yang parah serta ancaman kuasa barat seperti British dan Perancis. Barat menggelar kerajaan Turki sebagai The Sick Man of Europe (orang sakit Eropah). Ketika baginda menjadi khalifah, baginda sedar wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan Islam berdasarkan tempoh pemerintahan yang sangat singkat khalifah-khalifah yang sebelumnya. Pada ketika itu umur baginda baru 34 tahun.

Pada suatu hari banker konglomerat Yahudi, Mizray Krusow dan pemimpin Zionis, Herzl telah datang dan menawarkan kepada Sultan Abdul Hamid II:

1. Membayar kesemua hutang kerajaan Daulah Uthmaniyah.
2. Membantu menguatkan angkatan tentera laut Daulah Uthmaniyah
3. Meminjamkan 35 juta wang emas lira Uthmaniyah tanpa bunga.

Sebagai balasannya, mereka mahukan:

1. Dibolehkan warga Yahudi untuk berziarah di Palestine pada bila-bila masa yang mereka inginkan dan selama mana yang mereka ingin berada di “tanah suci” itu.
2. Dibolehkan warga Yahudi mendirikan tempat tinggal berhapiran Jerusalem.

Baginda dengan tegasnya menolak mentah-mentah permintaan ini. Malah langsung tidak mahu berjumpa dengan mereka. Baginda hanya menghantar wakilnya untuk berjumpa dengan orang Yahudi itu.

“Sampaikan kepada Yahudi yang tidak sopan itu bahawa hutang Uthmani bukanlah sebuah hal yang memalukan, Perancis juga memiliki hutang dan hutang tersebut tidak mempengaruhi negara itu. Jerusalem menjadi sebahagian dari tanah Muslim sejak Umar Bin Khattab membebaskan kota tersebut dan aku tidak akan pernah mahu menanggung beban sejarah memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan menghianati tanggungjawab dan kepercayaan dari kaumku. Silakan Yahudi itu menyimpan wang mereka, dan Uthmani tidak akan pernah mahu berlindung di sebalik benteng yang dibuat dari wang musuh-musuh Islam”.

Namun Yahudi tidak menyerah kalah, pada tahun yang sama (1901), pengasas gerakan Zionisme, Theodore Hertzl sekali lagi mengunjungi Istanbul untuk bertemu dengan Sultan Abdul Hamid II. Sekali lagi baginda menolak untuk berjumpa. Baginda hanya mengutuskan Perdana Menteri.

“Sampaikan kepada Dr. Hertzl untuk tidak mengambil langkah lebih jauh lagi dalam projeknya ini. Aku tidak akan memberikan sejengkal pun tanah dari wilayah Palestine kerana memang tanah ini bukan milikku, tanah ini milik Daulah Islam. Daulah Islam yang telah mengobarkan jihadnya demi untuk penggabungan wilayah ini, dan mereka telah mengaliri tanah ini dengan darah mereka. Silakan Yahudi menyimpan kembali wang mereka. Jika khalifah Islam suatu hari nanti berhasil dihancurkan, mereka boleh mengambil tanah Palestin dengan percuma. Tapi selama aku masih hidup, aku lebih memilih menusukkan pedang ke dalam tubuhku daripada harus melihat tanah Palestine dipotong dan dilepaskan dari Khilafah Islam. Ini adalah suatu hal yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai memotong tubuh sendiri sementara ia masih hidup”.

Sejak daripada itu Yahudi mula berpakat dengan Inggeris untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan merampas tanah Palestine. Namun benar kata baginda ia tidak berlaku sementara baginda masih hidup.

Baginda sedar hanya kesatuan ummah yang akan berjaya menyelamatkan Islam. Baginda membina landasan keretapi Hijaz. Jaringan itu terbentang dari Damaskus ke Madinah dan dari Aqaba ke Maan (India). Banyak sarjana dari Indonesia, Afrika, dan India dibawa ke Turki untuk projek-projek pembangunan institusi pendidikan dan pembangunan masjid-masjid di seluruh wilayah Daulah.

Dakwah Sultan Abdul Hamid II turut sampai ke tanah Melayu. Namanya sering disebut dalam bacaan doa sewaktu kerajaan Islam berada dalam keadaan retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan Islamism ke kepulauan Melayu. Malangnya nasib Muhammad Kamil Bey tidak begitu baik kerana beliau dijatuhkan hukuman gantung di Mnyamar oleh British kerana dakwaan cuba mengancam kuasa koloni.

Seruan Pan Islamism turut sampai ke negeri Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun. Maharaja Mutuhito itu menulis:

“Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku.”

Semoga Allah memasukkan baginda ke dalam syurga. Al Fatihah. [Sumber : Ismaweb]

_____________

Nilai : Dari sudut kepimpinan, jelas menunjukkan bahawa kewibawaan Sultan Abdul Hamid II yang begitu tegas mempertahankan hak sehinggakan sepanjang pemerintahan baginda, wilayah Palestin tidak terjajah sedikitpun oleh yahudi. Kekentalan baginda serta ketegasan melaksanakan tanggungjawab seharusnya dijadikan sebagai salah satu elemen utama dalam kepimpinan yang seharusnya dicontohi oleh pemimpin hari ini. - Fatih Afzan-

Nilai Dari Karakter Sultan Abdul Hamid

1. Penegasan Misi (Daya Saring)

- Melaksanakan amanah sebagai khalifah Islam secara Efektif kerana Allah Swt.


2. Pembinaan Karakter (Daya Pimpin)
- Sikap tawaduk dan tegas dalam mentadbir pemerintahan.
- Beliau dihormati bukan sahaja oleh bangsa Turki, malah semua bangsa termasuk di kepulauan Nusantara.

3.Pengendalian Diri(Daya Tahan)
- Mempunyai kebijaksanaan sehinggakan Negarawan Jerman, Otto von Bismarck mengkagumi baginda.
- Baginda juga amat mementingkan tugas sehingga ada dinyatakan bahawa baginda bekerja melebihi 14 jam sehari.

4. Jaringan Strategik (Daya Saing)

- kesedaran baginda hanya kesatuan ummah yang akan berjaya menyelamatkan Islam.
- Membina landasan keretapi Hijaz. Jaringan itu terbentang dari Damaskus ke Madinah dan dari Aqaba ke Maan (India).
- Banyak sarjana dari Indonesia, Afrika, dan India dibawa ke Turki untuk projek-projek pembangunan institusi pendidikan dan pembangunan masjid-masjid di seluruh wilayah Daulah.
- Dakwah Sultan Abdul Hamid II turut sampai ke tanah Melayu.
- Mempunyai hubungan Diplomatik di pelbagai negara.

5. Tindakan Bersepadu (Daya Juang)
- Mempertahankan hak Islam sehingga baginda mendepani ancaman dan risiko.
- Sejak Yahudi mula berpakat dengan Inggeris untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan merampas tanah Palestine, ia tidak berlaku dalam ketika baginda masih hidup sehinggalah baginda dijatuhkan dan dianiaya secara terancang.




[ Baca Seterusnya... ]

Thursday, April 09, 2009

Wednesday, April 08, 2009

FETIH MEHMET II : Conquest Of Constantinople




[ Baca Seterusnya... ]

Turkey’s first panoramic museum opens in İstanbul

Turkey's first panoramic museum, which tells the story of the conquest of İstanbul by the Ottoman Empire in 1453, was opened with a ceremony last weekend. Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan, State Minister and chief EU negotiator Egemen Bağış, Culture and Tourism Minister Ertuğrul Günay, İstanbul Gov. Muammer Güler and İstanbul Mayor Kadir Topbaş were among the participants in the inauguration ceremony of the Panorama 1453 History Museum, which was opened by the İstanbul Metropolitan Municipality's culture enterprise, Kültür A.Ş.

The museum, where almost 10,000 Ottoman and Byzantine soldiers are pictured in detail, allows visitors to experience the excitement of the conquest of İstanbul.

There are currently 30 partial panoramic museums around the world, but the Panorama 1453 History Museum provides a full panorama. Some 3,000 square meters of pictures are exhibited in the museum. The facility, which depicts moments from İstanbul's conquest, is located in a dome-like structure that is 38 meters in diameter and 20 meters tall. Museum visitors can view the pictures from 14 meters away to get a panoramic view.

Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan (C) attended the opening of the İstanbul Panorama 1453 History Museum, which tells the story
of the conquest of İstanbul by the Ottoman Empire in 1453.


Speaking at the ceremony, Erdoğan said the museum was a true representation of İstanbul's conquest as told in history and literature. "Our children will look at the future with respect for their history and feel proud of it," he said.

He also noted that the Panorama 1453 History Museum was the first of its kind in the world as it was built in a closed space.

via Today's Zaman.
[ Baca Seterusnya... ]

Monday, April 06, 2009

Sultan-Sultan Kerajaan Osmaniyyah




1. Sultan Osman (Osman Bey / Osman Gazi)
Bapa: Ertuğrul Gazi
Ibu: Halime Hatun
Tarikh / Tempat Lahir: Söğüt (1258M / 656 H.)
Tarikh / Tempat Meninggal: Bursa (1326M / 726H.)
Tempoh Pemerintahan: 1299 - 1326 (27 tahun)



2. Sultan Orhan (Orhan Gazi)
Bapa: Osman Gazi
Ibu: Mal Hatun
Tarikh Lahir: (680 H. / 1281 M.)
Tarikh Meninggal: (761 H. / 1360 M.)
Tempoh Pemerintahan : 1326 - 1359 (33 tahun)



3. Sultan Murad I (I. Murad Hüdavendigar)
Bapa: Orhan Gazi
Ibu: Nilüfer Hatun
Tarikh Lahir: 1326 M.
Tarikh Meninggal: 1389 M.
Tempoh Pemerintahan: 1359 - 1389 (30 tahun)



4. Sultan Bayazid I (Yıldırım Bayezid)
Bapa: Sultan I. Murad
Ibu: Gülçiçek Hatun
Tarikh Lahir: 1360 M.
Tarikh Meninggal: 1403 M.
Tempoh Pemerintahan: 1389-1403 (13 tahun)



5. Sultan Muhammad I (I. Mehmed Çelebi)
Bapa: Sultan Yıldırım Bayezid
Ibu: Devlet Hatun
Tarikh Lahir: 1389 M.
Tarikh Meninggal: 26 Mei 1421 M.
Tempoh Pemerintahan: 1413 - 1421 (8 tahun)



6. Sultan Murad II
Bapa: Celebi Sultan Mehmed
Ibu: Dulkadiroglu Emine Hatun
Tarikh Lahir: 1402 M.
Tarikh Meninggal: 3 Februari 1451 M.
Tempoh Pemerintahan: 1421 - 1451 (30 tahun)



7. Sultan Muhammad II (Fatih Sultan Mehmed)
Bapa: Sultan II. Murad
Ibu: Hüma Hatun
Tarikh Lahir: 29 Mac 1432 M.
Tarikh Meninggal: 3 Mei 1481 M.
Tempoh Pemerintahan: 1451 - 1481 (30 tahun)



8. Sultan Bayazid II
Bapa: Fatih Sultan Mehmed
Ibu: Gülbahar Hatun
Tarikh Lahir: 3 Disember 1447 M.
Tarikh Meninggal: 26 Mei 1512 M.
Tempoh Pemerintahan: 1481 - 1512 (31 tahun)



9. Sultan Salim I (Yavuz Sultan Selim)
Bapa: Sultan II. Bayezid
Ibu: Ayse Hatun
Tarikh Lahir: 10 Oktober 1470 M.
Tarikh Meninggal: 22 September 1520 M.
Tempoh Pemerintahan: 1512 - 1520 (8 tahun)



10. Sultan Sulaiman I (Kanuni Sultan Süleyman)
Bapa: Yavuz Sultan Selim
Ibu: Hafsa Sultan
Tarikh Lahir: 27 April 1495 M.
Tarikh Meninggal: 7 September 1566 M.
Tempoh Pemerintahan: 1520 - 1566 (46 tahun)



11. Sultan Salim II (Sarı Selim)
Bapa: Kanuni Sultan Süleyman
Ibu: Hürrem Sultan
Tarikh Lahir: 28 Mei 1524 M.
Tarikh Meninggal: 15 Disember 1574 M.
Tempoh Pemerintahan: 1566 - 1574 (8 tahun)



12. Sultan Murad III
Bapa: Sultan II. Selim
Ibu: Hasekisi Nur-Banu Sultan
Tarikh Lahir: 4 Julai 1546 M.
Tarikh Meninggal: 16 Januari 1595 M.
Tempoh Pemerintahan: 1574 - 1595 (21tahun)



13. Sultan Muhammad III (III. Mehmed)
Bapa: Sultan III. Murad
Ibu: Safiye Sultan
Tarikh Lahir: 26 Mei 1566 M.
Tarikh Meninggal: 21 Disember 1603 M.
Tempoh Pemerintahan: 1595 - 1603 (8 tahun)



14. Sultan Ahmad I (I. Ahmed)
Bapa: Sultan III. Mehmed
Ibu: Handan Sultan
Tarikh Lahir: 18 April 1590 M.
Tarikh Meninggal: 22 November 1617 M.
Tempoh Pemerintahan: 1603 - 1617 (14 tahun)



15. Sultan Mustafa I
Bapa: Sultan III. Murad
Ibu: Handan Sultan
Tarikh Lahir: 1592 M.
Tarikh Meninggal: 20 Januari 1639 M.
Tempoh Pemerintahan: 1617 - 1623 (5 tahun)



16. Sultan Osman II (Genc Osman)
Bapa: Sultan I. Ahmed
Ibu: Hasekisi Hatice Mahfiruze Sultan
Tarikh Lahir: 3 November 1604 M.
Tarikh Meninggal: 10 Mei 1622 M.
Tempoh Pemerintahan: 1617 - 1622 (5 tahun)



17. Sultan Murad IV
Bapa: Sultan I. Ahmed
Ibu: Mah-peyker (Kösem) Sultan
Tarikh Lahir: 27 Julai 1612 M.
Tarikh Meninggal: 9 Februari1640 M.
Tempoh Pemerintahan: 1623 - 1640 (17 tahun)



18. Sultan İbrahim I
Bapa: Sultan I. Ahmed
Ibu: Mahpeyker (Kösem) Sultan
Tarikh Lahir: 5 November 1616 M.
Tarikh Meninggal: 18 Ogos 1648 M.
Tempoh Pemerintahan: 1640 - 1648 (8 tahun)



19. Sultan Muhammad IV (IV. Mehmed Avcı)
Bapa: Sultan I. Ibrahim
Ibu: Turhan Hatice Sultan
Tarikh Lahir: 2 Januari 1642 M.
Tarikh Meninggal: 6 Januari 1693 M.
Tempoh Pemerintahan: 1648 - 1687 (39 tahun)



20. Sultan Sulaiman II (II. Süleyman)
Bapa: Sultan I. Ibrahim
Ibu: Hasekisi Saliha Dil-asub Valide Sultan
Tarikh Lahir: 15 April 1642 M.
Tarikh Meninggal: 22 Jun 1691 MM.
Tempoh Pemerintahan: 1687 - 1691 (4 tahun)



21. Sultan Ahmad II (II. Ahmed)
Bapa: Sultan I. Ibrahim
Ibu: Hasekisi Hatice Mu’azzez Sultan
Tarikh Lahir: 25 Februari 1643 M.
Tarikh Meninggal: 6 Februari 1695 M.
Tempoh Pemerintahan : 1691 - 1695 (4 tahun)



22. Sultan Mustafa II
Bapa: Sultan IV. Mehmed
Ibu: Emetullah Rabia Gülnüs Sultan
Tarikh Lahir: 5 Jun 1664 M.
Tarikh Meninggal: 1 Januari 1704M.
Tempoh Pemerintahan: 1695 - 1703 (8 tahun)



23. Sultan Ahmad III (III. Ahmed)
Bapa: Sultan IV. Mehmed
Ibu: Emetullah Rabia Gülnus Sultan
Tarikh Lahir: 31 Disember 1673 M.
Tarikh Meninggal: 1 Julai 1736M.
Tempoh Pemerintahan: 1703 - 1730 (27 tahun)



24. Sultan Mahmud I
Bapa: Sultan II. Mustafa
Ibu: Saliha Sebkati Sultan
Tarikh Lahir: 2 Ogos 1696 M.
Tarikh Meninggal: 13 Disember 1754 M.
Tempoh Pemerintahan: 1730 - 1754 (24 tahun)



25. Sultan Osman III
Bapa: Sultan II. Mustafa
Ibu: Sehsüvar Valide Sultan
Tarikh Lahir: 2 Januari 1699 M.
Tarikh Meninggal: 30 Oktober 1757 M.
Tempoh Pemerintahan: 1754 - 1757 (3 tahun)



26. Sultan Mustafa III
Bapa: Sultan III. Ahmed
Ibu: Emine Mihrisah Sultan
Tarikh Lahir: 28 Januari 1717 M.
Tarikh Meninggal: 21 Januari 1774 M.
Tempoh Pemerintahan: 1757 - 1774 (17 tahun)



27. Sultan Abdülhamid I
Bapa: Sultan III. Ahmed
Ibu: Rabi’a Sermi Sultan
Tarikh Lahir: 20 Mac 1725 M.
Tarikh Meninggal: 7 April 1789 M.
Tempoh Pemerintahan: 1774 - 1789 (15 tahun)



28. Sultan Selim III
Bapa: Sultan III. Mustafa
Ibu: Mihrisah Sultan
Tarikh Lahir: 24 Disember 1761 M.
Tarikh Meninggal: 28 Julai 1808 M.
Tempoh Pemerintahan: 1789 - 1807 (18 tahun)



29. Sultan Mustafa IV
Bapa: Sultan I. Abdülhamid
Ibu: Ayse Sineperver Valide Sultan
Tarikh Lahir: 8 September 1779M.
Tarikh Meninggal: 16 November 1808 M.
Tempoh Pemerintahan: 1807 - 1808 (1tahun)



30. Sultan Mahmud II
Bapa: Sultan I. Abdülhamid
Ibu: Naks-i Dil Valide Sultan
Tarikh Lahir: 20 Julai 1785 M.
Tarikh Meninggal: 30 Jun 1839 M.
Tempoh Pemerintahan: 1808 - 1839 (31 tahun)



31. Sultan Abdul Majid (Abdülmecid)
Bapa: Sultan II. Mahmud
Ibu: Bezm-i Alem Valide Sultan
Tarikh Lahir: 25 April 1823 M.
Tarikh Meninggal: 25 Jun 1861 M.
Tempoh Pemerintahan: 1839 - 1861 (21 tahun)



32. Sultan Abdülaziz
Bapa: Sultan II. Mahmud
Ibu: Pertev-niyal Valide Sultan
Tarikh Lahir: 9 Februari 1830 M.
Tarikh Meninggal: 4 Jun 1876 M.
Tempoh Pemerintahan: 1861 - 1876 (15 tahun)



33. Sultan Murad V
Bapa: Sultan I. Abdülmecid
Ibu: Sevket-efza Valide Sultan
Tarikh Lahir: 21 September 1840 M.
Tarikh Meninggal: 29 Ogos 1904 M.
Tempoh Pemerintahan: in 1876 (93 hari)



34. Sultan Abdul Hamid II (II. Abdülhamid Han)
Bapa: Sultan I. Abdülmecid
Ibu: Tir-i Müjgan Kadınefendi
Tarikh Lahir: 21 September 1842 M.
Tarikh Meninggal: 10 Februari 1918 M.
Tempoh Pemerintahan: 1876 - 1909 (33 tahun)



35. Sultan Muhammad V (V. Mehmed Reşad)
Bapa: Sultan I. Abdülmecid
Ibu: Gülcemal Kadınefendi
Tarikh Lahir: 2 November 1844 M.
Tarikh Meninggal: 3 Julai 1918 M.
Tempoh Pemerintahan: 1909 - 1918 (9 tahun)



36. Sultan Muhammad VI (VI. Mehmed Vahidüddin)
Bapa: Sultan I. Abdülmecid
Ibu: Gülistü Kadınefendi
Tarikh Lahir: 2 Februari 1861 M.
Tarikh Meninggal: 15 Mei 1926 M.
Tempoh Pemerintahan: 1918 - 1922 (4 tahun)


[ Baca Seterusnya... ]