Tuesday, February 15, 2011

Legasi Al-Fatih : Sulaiman al-Qanuni

Sulaiman I (Turki Uthmaniyyah: سليمان Sulaymān, bahasa Turki: Süleyman; dikenali sebagais Kanuni Sultan Süleyman; 6 November 1494 – 5/6/7 September 1566) merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematiannya pada tahun 1566. Di Barat, beliau dikenali sebagai Suleiman the Magnificent (Sulaiman Yang Hebat) dan di Timur, beliau dikenali sebagai Pembuat Undang-Undang (di dalam bahasa Turki Kanuni; Arab: القانونى‎, al‐Qānūnī), sebagai jasanya di dalam memodenkan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah. Sulaiman menjadi pemerintah terkenal di Eropah pada abad ke 16, mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi kerajaan Uthmaniyah.


Sulaiman sendiri telah memimpin tentera Uthmaniyah untuk menakluki kawasan Kristian di Belgrade, Rhodes, dan kebanyakannya di Hungary sebelum penaklukannya dipatahkan di dalam Perang Vienna pada tahun 1529. Beliau memberi perhatian yang lebih di Timur Tengah di dalam konflik dengan kerajaan Safavid di Parsi dan banyak jalur rumput di jauh barat Algeria yang terletak di Afrika Utara. Semasa pemerintahannya, angkatan tentera laut Uthmaniyah telah menguasai kawasan laut di Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi.

Sulaiman I telah memecahkan tradisi kerajaan Uthmaniyah dengan mengahwini Roxelana, iaitu seorang gadis Eropah. Putera mereka iaitu Selim II menggantikan Sulaiman I berikutan kematiannya pada tahun 1566 selepas memerintah selama 46 tahun.

Usia Muda

Sultan Sulaiman dilahirkan pada 6 November 1494 di bandar Tabzron, Turki.Seawal usia 7 tahun, beliau telah dididik dengan ilmu kesusasteraan, sains, sejarah, teologi & taktik ketenteraan di Istana Topkapi, Istanbul.Beliau juga sewaktu kecil berkawan rapat dengan seorang hamba Pargal iaitu Ibrahim Pasha yang kemudiannya menjadi penasihat dan panglima tentera yang paling dipercayai sewaktu zaman pemerintahannya. Pada usia 17 tahun, beliau menjadi gabenor Istanbul dan kemudian diangkat menjadi Sultan pada usia 25 tahun selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Sultan Selim I.

Kempen Ketenteraan

Penaklukan di Eropah

Lihat juga: Perang kerajaan Uthmaniyyah di Eropah, Islam dan Protestan, dan Kempen Sulaiman al-Qanuni

Selepas menggantikan ayahandanya Selim I, Sulaiman al-Qanuni telah memulakan beberapa siri ketenteraan, di antaranya ialah dengan memadamkan pemberontakan di Damsyik pada 1521. Sulaiman I telah membuat persiapan untuk menakluki Belgrade daripada kerajaan Hungary yang gagal dicapai oleh moyangnya iaitu Mehmed II. Sulaiman telah mengelilingi Belgrade dan memulakan pengeboman dari pulau yang terletak di Danube. Dengan hanya tentera sebanyak 700 orang dan tidak menerima sebarang bantuan dari Hungary, Belgrade berjaya ditakluki pada bulan Ogos 1521.

Sulaiman al-Qanuni sebagai orang muda

Berita penaklukan tentera Islam ke atas salah satu pertahanan kerajaan Kristian telah menimbulkan kebimbangan ke seluruh Eropah. Sebagai duta Empayar Rom Suci ke Constantinople telah berkata,

"Penaklukan Belgrade telah menjadi permulaan kepada peristiwa penting yang akan menghuru-harakan di Hungary . Ia juga membawa kepada kepada kematian Raja Louis II, penaklukan Buda, Transylvania, kejatuhan kerajaan dan kebimbangan negara jiran yang khuatir mereka akan menerima nasib yang sama..."

Jalan ke Hungary dan Austria sudah terbuka, tetapi Sulaiman telah mengalihkan perhatiannya kepada pulau Rhodes (yang merupakan pangkalan tentera Kesatria Hospitaller, yang melakukan aktiviti perlanunan berdekatan Asia Minor dan Levant yang menimbulkan masalah kepada minat kerajaan Uthmaniyah. Pada musim panas tahun 1522, Sulaiman telah menghantar armada laut sebanyak 400 kapal dan pada masa yang sama memimpin tentera sebanyak 100,000 orang dengan melintasi Asia Minor ke arah kedudukan yang bertentangan dengan pulau. Selepas berlakunya Perang Rhodes selama lima bulan, Rhodes telah berjaya ditakluki dan Sulaiman membenarkan Kesatria Rhodes untuk berlepas. Mereka telah membentuk pangkalan yang baru di Malta.

Oleh kerana perhubungan di antara Hungary dengan kerajaan Uthmaniyah retak, Sulaiman telah menyambung kempennya di timur Eripah dan pada 29 Ogos 1526, beliau berjaya menewaskan Raja Louis II (1506–1526) di dalam Pertempuran Mohács. Pertahanan Hungary telah dimusnahkan dan Empayar Uthmaniyah telah berjaya menguasai kawasan timur Eropah.

Di bawah pimpinan Charles V iaitu Maharaja Rom Suci dan adiknya Ferdinand yang merupakan Archduke of Austria, Habsburgs telah mengambil alih Buda dan Hungary. Sebagai hasilnya, pada tahun 1529, Sulaiman sekali lagi mara melalui lembah Danube dan mendapat kawalan ke atas Buda dan mengikut msuim luruh di dalam Perang Vienna. Ia telah menjadi ekspedisi kerajaan Uthmaniyah yang paling penting dan merupakan puncak perjalanannya melalui barat. Dengan pengukuhan tentera sebanyak 16 000 orang, Austria telah mengakibatkan kekalahan pertama Sulaiman, yang akhirnya menaburkan benih permusuhan di antara kerajaan Uthmaniyah dan Habsburg sehingga abad ke 20. Pada tahun 1532, percubaan kedua untuk menawan Vienna gagal apabila tentera Sulaiman berundur sebelum sempat mencecah bandar itu. Dalam banyak kes, tentera Uthmaniyah telah dilanda cuaca buruk yang memaksa mereka meninggalkan belakang peralatan perang mereka dan kekurangan bekalan.

Raja John II Sigismund Zápolya di Hungary bersama
dengan Sultan Sulaiman al-Qanuni pada tahun 1556.

Di dalam tahun 1540 an, pembaharuan konflik di Hungary memberi peluang kepada Sulaiman I untuk membalas dendam di atas kekalahannya di Vienna. Sebahagian bangsawan Hungary berpendapat bahawa Ferdinand I (1519-1564) yang merupakan pemerintah negara jiran Austria dan mempunyai hubungan keluarga dengan keluarga Louis II melalui perkahwinan, akan menjadi Raja Hungary, mengikut persetujuan terdahulu yang mengatakan Habsburg akan mengambil takhta Hungary sekiranya Louis II mangkat tanpa meninggalkan waris. Walaubagaimanapun, bangsawan lain memandang bangsawan [John Zápolya]] yang disokong oleh Sulaiman sebagai tidak dikenali oleh kuasa Kristian di Eropah.
Perang Esztergom (1543).

Pada tahun 1541, Habsburgs sekali lagi terlibat di dalam konflik dengan kerajaan Uthmaniyah dengan melancarkan perang ke atas Buda. Dengan serangan mereka berjaya dipatahkan dan tentera Habsburg ditawan, Ferdianand dan adiknya Charles V telah dipaksa untuk membuatperetiann lima tahun dengan Sulaiman I. Ferdinand telah mengumumkan dakwaannya kepada kerajaan Hungary dan dipaksa membayar sejumlah tetap setahun kepada tanah Sultan Hungary di mana beliau mengawal. Dengan simbolik penting perunduran merujuk kepada Charles V yang bukannya Maharaja, tetapi lebih dikenali sebagai Raja Sepanyol, memberi peluang kepada Sulaiman untuk mengisytiharkan dirinya sebagai 'Caesar' yang sebenar.

Dengan memastikan musuh utamanya di Eropah telah dimusnahkan, Suleiman telah membentuk Empayar Uthmaniyah sebagai peneraju utama di dalam landskap politik Eropah.

Perang Kerajaan Uthmaniyah Dengan Kerajaan Safavid

Rencana utama: Perang Kerajaan Uthmaniyah - kerajaan Safavid (1532–1555)

Gambar menunjukkan Sulaiman I mara bersama
tenteranya di Nakhchivan pada musim panas tahun 1554

Setelah Sulaiman I berjaya menstabilkan keadaan di Eropah, beliau telah memberi perhatian kepada masalah pemberontakan yang didalangi oleh puak Syiah dari kerajaan Safavid di Iran. Dua peristiwa penting berlaku pada masa ini. Pertama, Shah Tahmasp telah membunuh gabenor Baghdad yang menyatakan taat setia kepada Sultan dan digantikan dengan pewaris Shah. Kedua, gabenor Bitlis telah berpaling tadah dan menyatakan kesetiaannya kepada kerajaan Safavid. Sebagai hasilnya, pada tahun 1553, Sulaiman I telah mengarahkan Perdana Menterinya Ibrahim Pasha supaya mengetuai tentera ke Asia untuk mengambil semula Bitlis dan menakluki Tabriz tanpa sebarang halangan. Selepas beberapa tahun Sulaiman I dan Ibrahim membuat beberapa serangan ke atas Baghdad, akhirnya komandernya menyerah diri dan mengesahkan Sulaiman I sebagai pemimpin dunia Islam dan pengganti kepada kerajaan Abbasiyah.

Sulaiman I telah memulakan kempen perang yang kedua terhadap Shah pada tahun 1548-1549 dalam usahanya menewaskan kerajaan Safavid. Seperti sebelum ini, Tahmasp telah berusaha mengelakkan konfrontasi dengan tentera Uthmaniyah dan memilih untuk berundur, menduduki Armeniadi dl dalam proses dan berjumpa dengan tentera Uthmaniyah ke musim sejuk di Caucasus. Sulaiman I telah membatalkan kempen bersama dengan pendudukan sementara kerajaan Uthmaniyah di Tabriz dan Armenia di Iran.

Pada tahun 1553 Sulaiman I telah memulakan kempen perang yang ketiga dan terakhir ke atas Shah. Selepas kehilangan kawasan di Erzurum kepada putera Shah, beliau cuba menakluki semula Erzurum, melintasi di bahagian atas Euphrates dan sebahagian kawasan Parsi. Tentera Shah menyambung strategi mengelakkan kerajaan Uthmaniyah dan tidak membuat sebarang penaklukan. Pada tahun 1554, satu penyelesaian telah dibuat di mana di dalamnya termasuk kempen Sulaiman I di Asia. Perjanjian itu juga termasuk pemulangan semula Tabriz, tetapi mempertahankan Baghdad, di bawah Mesopotamia, mulut sungai Euphrates dan Tigris, sebagai sebahagian daripada wilayah kerajaan Parsi. Shah juga berjanji untuk tidak menceroboh wilayah kerajaan Uthmaniyah.

Kempen di Lautan Hindi dan India

Di Lautan Hindi, Sulaiman I telah mengetuai beberapa angkatan laut untuk mengusir orang Portugis dan mengadakan semula perhubungan perdagangan dengan India. Kerajaan Uthmaniyah telah menakluki Aden di Yaman pada tahun 1538 untuk dijadikan pangkalan laut untuk menghapuskan pengaruh Portugis di semenanjung barat India. Tentera laut Uthmaniyah gagal menewaskan Portugis di dalam Perang Diu pada bulan September 1538, tetapi mereka kembali ke Aden di mana mereka mempertahankan bandar itu dengan 100 buah meriam. Dari pangkalan ini, Sulaiman Pasha membuat keputusan untuk mengambil alih seluruh negara Yaman dan ibu kotanya Sa'na. Penduduk Aden menentang penaklukan kerajaan Uthmaniyah dan mempelawa Portugis supaya Portugis dapat mentadbir bandar ini sehingga ianya dirampas Piri Reis di di dalam Penaklukan Aden (1548).

Dengan mengawal Laut Merah, Suleiman berjaya menguasai laluan perdagangan India dan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan India sepanjang abad ke 16.

Pada tahun 1564, Sulaiman I telah menerima hadiah daripada Aceh yang meminta sokongan kerajaan Uthmaniyah di dalam usahanya untuk menentang Portugis. Sebagai hasilnya ekspedisi tentera Uthmaniyah ke Aceh telah dilancarkan yang membolehkan Aceh menerima sokongan ketenteraan yang lebih kukuh.

Kebolehan

Beliau merupakan pentadbir yang mementingkan hak kesamarataan tanpa mengira pangkat dan darjat. Malah, di bawah pentadbiran Sultan Sulaiman Al-Qanuni, umat Islam & orang Yahudi dapat hidup dengan aman dan damai. Kaedah pemilihan beliau yang ketat dalam perlantikan gabenor membantu beliau untuk melaksanakan undang-undang Islam dengan berkesan. Tanpa memilih populariti atau status sosial seseorang, beliau sendiri akan merisik tentang keperibadian bakal gabenor yang dilantik untuk memastikan wakil atau gabenor kerajaan Bani Turki Uthmaniyyah benar-benar bersih dan cekap.

Sumbangan

Beliau digelar Al-Qanuni kerana jasanya dalam mengkaji dan menyusun semula sistem undang-undang kerajaan Bani Turki Uthmaniyah dan perlaksanaannya secara teratur dan tanpa kompromi berikutan keadaan masyarakat Islam Turki Uthmaniyah ketika itu mempunyai latar belakang dan sosio budaya yang berbeza. Pergaulan antara bangsa yang berbeza (walaupun agama yang sama) membuatkan pelbagai konflik kecil yang berlaku & ini boleh menggugat keselamatan umat Islam. Keadaan ini menyebabkan beliau membuat penyusunan & kajian tentang budaya masyarakat Islam Turki Uthmaniyah yang datang dari Eropah, Parsi, Afrika & Asia Tengah untuk diselaraskan dengan kehendak undang-undang Syariah Islamiyah. Undang-undang Kanuninya (atau Kanuns) telah memperbaiki bentuk empayar Uthmaniyah selama berabad selepas kematiannya.

Sulaiman telah menjadi penaung kesenian, dan zamannya telah mencapai zaman keagungan kerajaan Uthmaniyah di dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan pembangunan seni reka bentuk. Beliau boleh bertutur di dalam empat bahasa iaitu bahasa Parsi, Arab, Serbia dan Chagatay (dialek bahasa Turki berkaitan dengan bahasa Uighur).

Senarai Sultan Empayar Uthmaniyyah mengikut era

Penubuhan (1299–1453)
Osman I · Orhan · Murad I · Bayezid I · Mehmed I · Murad II · Mehmed II

Perkembangan (1453–1683)
Bayezid II · Selim I · Suleiman I · Selim II · Murad III · Mehmed III · Ahmed I · Mustafa I · Osman II · Murad IV · Ibrahim · Mehmed IV

Genangan (1683–1827)
Suleiman II · Ahmed II · Mustafa II · Ahmed III · Mahmud I · Osman III · Mustafa III · Abdülhamid I · Selim III · Mustafa IV · Mahmud II

Kemerosotan (1828–1908)
Abdülmejid I · Abdülaziz · Murad V · Abdülhamid II

Pembubaran (1908–1923)
Mehmed V · Mehmed VI
[ Baca Seterusnya... ]

Monday, June 07, 2010

Pengasas GPTD berada di Turki


Turki, 4 Jun 2010 - Pengasas GPTD, Tn Hj Ahmad Azam Abdul Rahman bersama delegasi Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH)telah menyertai setengah juta rakyat Turki dalam solat jenazah pada hari Khamis, di Istanbul. Jenazah sembilan aktivis keamanan yang dibunuh oleh Israel dalam konvoi ke Gaza telah di bawa ke masjid di Masjid Fatih selepas autopsi dijalankan oleh Majlis Perubatan Forensik Turki.

Lapan kali solat telah didirikan untuk lapan daripada sembilan jenazah tersebut dengan diiringi ceramah ringkas dan laungan gemuruh dalam bahasa Turki yang mengutuk kekejaman Israel. Solat jenazah itu telah disertai oleh beberapa orang menteri dan kenamaan lain termasuk Menteri Tenaga iaitu Taner Yıldız, İstanbul, Governor Huseyin Avni Mutlu, Datuk Bandar İstanbul, Kadir Topbaş, tokoh pimpinan Felicity Party (SP) iaitu Numan Kurtulmuş and Bülent Yıldırım.

Mereka yang terkorban dalam konvoi keamanan ke Gaza itu ialah Cevdet Kılıçlar (38), Necdet Yıldırım (32), İbrahim Bilgen (61), Ali Heyder Bengi (39), Cengiz Akyüz (41), Cengiz Topçuoğlu (54), Cengiz Songür (47), Fahri Gündüz (43) dan Furkan Doğan yang berusia 19 tahun, warga Turki-Amerika yang baru sahaja berhijrah semula ke Turki iaitu di wilayah Kayseri.

Kebanyakan jenazah dihantar pulang ke kampung halaman mereka untuk disemadikan sebaik selesai solat. Seorang jenazah dikebumikan di Makam Syahid Edirnekepi, di Istanbul. Seorang lagi yang disolatkan di tempat lain iaitu di Masjid Beyazit juga disemadikan di Makam Syahid tersebut.


Menurut Tn Hj Azam Abdul Rahman, pengalaman menyertai perhimpunan ratusan ribu rakyat Turki untuk memberi penghormatan kepada aktivis-aktivis keamanan yang terkorban dan untuk mengutuk kekejaman Israel amatlah bermakna kerana dapat menyaksikan pengorbanan dan semangat perpaduan yang begitu tinggi terhadap masalah umat Islam di Palestin.

[Kedatangan pengasas dan delegasi WADAH ke Turki adalah sempena sambutan pembukaan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih]

[ Baca Seterusnya... ]

Sunday, March 14, 2010

Pertemuan Sdr. Afzan (Ketua Grup Al-Fatih) dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman



Pada 11 Mac 2010, Ketua Grup Al-Fatih, Saudara Faizul Afzan telah mengadakan pertemuan dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman, merupakan seorang pengkaji Ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh dan juga bakal menerbitkan sebuah buku Strategi Kuasa Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang akan terbit pada 29 Mac 2010. Beliau merupakan lepasan penuntut UIAM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab UIAM.


Pernah menyandang kepimpinan dalam organisasi pelajar dan mahasiswa iaitu Mantan Setiausaha Agong BADAR dan LKP KISAS (1998-2001) . Mantan Setiausaha Agong GAMIS (2007-2009). Beliau kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat M.A (Human Sciences in Islamic History and Civilization). Bercita-cita melakukan kajian PhD dalam Sejarah Islam Usmaniah dan thesis mengenai pemikiran, karakter kepimpinan dan "the art of war" Sultan Muhammad al-Fateh (Mehmet II) serta sistem pendidikan Usmaniah yang wujud pada eranya dan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.



Kini beliau merupakan Senior Motivator di I.P Minda Sdn. Bhd Training & Consultancy (www.ipminda.com).


Pertemuan Ketua Grup Al-Fatih dengan Ustaz Syaari bakal memberikan satu kolaborasi strategik di masa akan datang bagi memantapkan lagi kajian grup mengenai ketokohan Sultan Muhammad Al-Fatih agar nilai-nilai dan bahan kajian untuk diaplikasikan dalam bidang dan gerak kerja relawan GPTD. Dalam pertemuan tersebut, saudara Faizul Afzan mengikuti ceramah Ustaz Syaari bertajuk "Talk 2012" yang merupakan ceramah penting untuk difahami oleh generasi muda di abad ini.

Fakta Menarik Tentang Ustaz Syaari Abd Rahman
Meletakkan cita-cita 10 tahun lagi untuk membuka :
- Akademi Kepimpinan Al-Fateh (AF)
- Institut Kajian Dasar Usmaniah
- Studio Animasi Darul Digital 1453
- Pawagam An-Nur (mengambil istilah kitab paling berpengaruh Badiuzzaman Said Nursi).

Kini sedang memegang taklifan sebagai Setiausaha Eksekutif Akademi Kepimpinan Pemuda DPPP dan ahli Institut Pemikiran Muda.

Beliau boleh dihubungi di laman blog :
[ www.rijal82.blogspot.com ]
[ www.read1453.blogspot.com ]
[ Baca Seterusnya... ]

LEGASI : Yavuz Sultan Salim 1 : Legasi Kepimpinan Mehmet II Al-Fatih (Datuknya)

Sumber : Ibnu Suhaili



PENGENALAN

Apabila kita bercerita tentang empayar Turki Uthmaniyyah, pastinya minda kita akan teringat dengan detik-detik kegemilangan empayar tersebut yang dikatakan penyambung kegemilangan Islam selepas tumbangnya institusi Khulafa Ar-Rasyidin. Empayar Turki Uthmaniyyah telah diasaskan pada tahun 1299 dan dirombak pada tahun 1924 yang membawa kepada kelahiran Turki moden berorientasikan sekularisme.



Jika kita selusuri rentetan perjalanan empayar tersebut, era kegemilangannya telah dicetuskan oleh Sultan Muhammad II Al-Fatih yang telah menawan Kota Constatinople pada tahun 1453. Kejayaannya menawan kota suci dan markas utama golongan Kristian Ortodoks ini telah menjadi pemacu kepada keagungan empayar Turki Uthmaniyyah. Momentum ini diteruskan seterusnya oleh cucunya iaitu Sultan Salim 1 yang telah mencatatkan rekod dalam sejarah empayar Turki Uthmaniyyah sebagai khalifah pertama di samping menjadi pelindung Kota Mekah dan Madinah.

Hal ini berikutan kejayaannya menakluki kerajaan Mamluk di Mesir yang ketika itu mempunyai keturunan khalifah-khalifah Bani Abbas setelah kejatuhan Baghdad, iaitu Khalifah Muttawakkil.

Kedua-dua tokoh inilah telah memartabatkan keagungan empayar Turki Uthmaniyyah melalui sumbangan mereka terutamanya dalam bidang ketenteraan dan perluasan empayar. Dengan karisma yang tersendiri di samping ketokohan dalam memainkan peranan sebagai negarawan, kedua-dua tokoh ini turut mempunyai kredibiliti sendiri menjalankan pentadbiran dan berjaya menjalankan sistem ekonomi dan sosial secara mapan berteraskan kepada ajaran Islam. Tidak hairanlah kedua-duanya diiktiraf sebagai “Penakluk, Pembuka, Khalifah dan Pelindung” kerana sudah terang lagi bersuluh kejayaan mereka adalah berorientasikan perluasan empayar dan pengurusan pentadbiran negara yang cekap meliputi ekonomi dan sosial.

LATAR BELAKANG
Umum mengetahui bahawa keagungan setiap tokoh seperti di dalam kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah iaitu Sultan Muhammad II Al-Fatih dan Sultan Salim 1 yang kemudiannya digelar sebagai Khalifah semestinya telah melalui pelbagai peristiwa dan pengalaman yang telah membentuk keperibadian mereka. Ketokohan dan keistimewaan kedua-duanya akan dikupas secara terperinci bagi membuktikan keagungan mereka sebagai pemerintah empayar Turki Uthmaniyyah.

SULTAN MUHAMMAD II AL- FATIH
Muhammad Al-Fatih merupakan seorang tokoh Islam terkemuka zaman Uthmaniyyah yang banyak menyumbang kepada usaha mendaulatkan Islam. Baginda diberi gelaran Al-Fatih kerana kejayaan baginda menakluki kawasan-kawasan baru di Eropah Timur dan sebahagian besar Asia terutamanya Kota Constantinople. Baginda merupakan seorang sultan yang sangat berkarisma dan berwawasan tinggi. Sultan Muhammad Al-Fatih dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Edirne dan semasa kelahirannya, ayahanda baginda iaitu Sultan Murad II sedang membaca Al-Quran pada surah Al-Fath ayat satu.

Surah Al-Fath ayat satu membawa maksud :
“Sesungguhnya kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata”.

Hal ini merupakan sebuah karamah yang diberikan Allah S.W.T kepada baginda dan peristiwa ini memberi petanda bahawa baginda merupakan adalah pemimpin yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sebagaimana yang disebutkan dalam hadis nabi. Kekuatan diri Sultan Mehmed Al-Fatih terletak pada kekuatan peribadi baginda. Baginda mempunyai personaliti yang mantap dan memiliki karisma pemimpin yang unggul. Keperibadian baginda yang mulia terserlah melalui didikan teguh dan berterusan sejak dari usia yang masih muda. Baginda telah dididik dengan baik oleh murabbinya dan ayah baginda iaitu Sultan Murad II telah melantik ulama-ulama terbaik ketika itu untuk mendidik Sultan Muhammad II Al-Fatih dalam usaha membentuk baginda menjadi insan yang berkeperibadian unggul dan mulia.

Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani merupakan antara ulama yang terulung yang dilantik oleh Sultan Murad II untuk mendidik baginda. Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani ini menjadi murabbi baginda dan sebagai guru Asy- Syeikh Muhammad banyak memberi penekanan terhadap pembinaan spiritual, mental dan fizikal Sultan Muhammad Al- Fatih sehingga menjadi individu yang sangat baik. Sultan Muhammad Al-Fatih bersikap dingin dan sinis terhadap guru-guru baginda sebelum Asy-Syeikh Muhammad, namun kebenaran yang diberikan oleh Sultan Murad II kepada beliau untuk memukul Sultan Muhammad Al-Fatih telah menimbulkan kesedaran di dalam diri Sultan Muhammad Al-Fatih untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. .

Selepas itu, kerana didikan yang diberikan oleh Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani membolehkan baginda menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat. Pada usia 19 tahun Sultan Muhammad Al-Fatih telah menaik takhta menggantikan ayahnya. Sebaik sahaja menaik takhta baginda memulakan persiapan untuk menjalankan usaha penaklukan khususnya penaklukan ke atas Kota Constantinople. Keperibadian baginda juga terserlah melalui usahanya untuk mendidik tentera dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Allah S.W.T. Sebaliknya di siang hari mereka ibarat singa-singa yang berjuang di jalan Allah.

Di samping memiliki keperibadian yang tinggi baginda juga pakar dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin ketika berumur 21 tahun. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Sultan Muhmmad Al-Fatih menjadikannya sebagai seorang pemimpin yang cukup berkaliber sehinggakan digelar sebagai pemimpin agung oleh sarjana Barat dan adalah tidak menghairankan jika baginda dianggap sebagai tunggak kemajuan Empayar Turki Uthmaniyyah.

SULTAN SALIM 1
Dengan berakhirnya era pemerintahan yang serba lembut hati oleh Sultan Bayazid II, telah bermulalah satu zaman kebangkitan semula di mana pemerintahan Turki Utmaniyyah mula menunjukkan belangnya kepada seantero dunia terutama kepada kerajaan-kerajaan di Asia Tengah. Pemulanya ialah Sultan Salim 1 yang merupakan pemerintah ke-9 dalam sejarah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyyah.

Selepas kematian ayahnya, Sultan Salim 1 mulai menjalankan proses pemerintahan antara tahun 918-926 H ( 1512-1520M ). Tarikh ini sebenarnya menyamai tarikh penubuhan Daulah al-Safawiyyah di Iran dan tarikh ini juga merupakan penanda kepada bermulanya pertarungan panjang melibatkan kedua-dua buah negara. Salim 1 dikenali ataupun popular sebagai “The Grim” atau “Yavuz” kerana ketegasan baginda dalam menjalankan tugas sebagai pemerintah dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda merupakan anak kepada Sultan Bayezid II dan telah dilahirkan pada tahun 1460 di Amasya. Baginda telah menaiki takhta pada tahun 1512 dan menjadi Sultan selama 8 tahun.

Pada permulaan baginda menaiki takhta, baginda telah menghadapi konflik dalaman dan luaran yang menentang kekuasaannya. Konflik dalaman yang tercetus ialah apabila baginda mendapat tentangan daripada saudaranya sendiri iaitu Ahmed dan Korkhand. Pada masa yang sama, Ahmed telah menduduki kawasan yang dikenali sebagai Brusa dan Salim 1 telah mengambil inisiatif untuk menentang Ahmed di Brusa. Akhirnya beliau memenangi peperangan tersebut dan Brusa berada di dalam genggamannya. Perang saudara seperti ini sudah menjadi perkara rutin dalam pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ahmed telah melarikan dirinya untuk membina semula asas kekuatannya bagi menentang Salim 1.

Salim 1 seorang yang agak luar biasa sifatnya kerana boleh mengetahui dan mengesyaki sesuatu yang agak pelik berkenaan dengan para pegawai pentadbirannya. Beliau mendapati terdapat sebilangan daripada pegawainya yang telah melakukan pengkhianatan terhadapnya. Disebabkan memiliki ketegasan tinggi dalam menjalankan pemerintahan di samping menerima jolokan sebagai “ The Grim” yang bererti ketegasan, berdarah perang, ganas dan keberanian yang nyata beliau telah mengenakan hukuman mati ke atas mereka yang terlibat dalam konspirasi tersebut.

Beliau juga pernah dikatakan akan membunuh sesiapa sahaja asalkan ada perasaan curiga terhadap individu tersebut. Dengan sifat yang luar biasa ini, nescaya para pembesar dan rakyatnya akan takut untuk memberontak dan inilah sebenarnya menjamin keamanan dan kesejahteraan empayar Turki Uthmaniyyah.

Selain itu, Salim 1 merupakan perintis kepada penggunaan gelaran sultan Turki Uthmaniyyah yang pertama menggunakan gelaran Khalifah. Sultan Salim 1 telah menyatakan bahawa beliau berasakan sebagai sebuah kerajaan Islam yang berstatus empayar, tidak lengkap sekiranya tidak menjadi pelindung kepada kedua-dua buah kota suci umat Islam iaitu Kota Mekah dan Madinah. Akhirnya gelaran ini dianugerahkan kepada baginda setelah baginda menakluki kerajaan Mamluk yang mempunyai kuasa dan simbol kepada pemegang amanah ke atas kedua-dua kota suci tersebut. Di Mesir terdapat keturunan khalifah-khalifah yang sebelumnya yang telah menetap di sana setelah berakhirnya kegemilangan kerajaan Khalifah Bani Abbasiyyah.

Khalifah yang terakhir iaitu Al-Mutawakkil Alallah dikatakan memiliki beberapa alat kebesaran khalifah iaitu bendera Nabi, burdah Nabi serta pedang yang digunakan oleh Nabi semasa menyertai peperangan. Kejayaan baginda ini dalam meluaskan empayar seterusnya menjadi pelindung kepada kedua-dua kota suci tersebut merupakan kejayaan besar dalam empayar Turki Uthmaniyyah dan perintis Khalifah kepada sesebuah kerajaan di mana sultan-sultan seterusnya selepas baginda juga mendukung dan membawa gelaran khalifah atas kejayaan baginda ini.

Sesungguhnya kejayaan baginda bukanlah hanya dalam meluaskan empayar sahaja tetapi dalam merencanakan prinsip atau ketegasan kerajaan Turki Uthmaniyyah terhadap tanggungjawab dalam mengamalkan ajaran agama Islam yang benar iaitu berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sultan Salim 1 merupakan pejuang Islam yang menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas kepada pemerintahan baginda dan inilah yang menyebabkan baginda berperang dengan Shah Ismail di Iran yang bermazhab Syiah dan kerajaan Mamluk di Mesir. Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah menyampaikan pesanan terakhir baginda di dalan Haji Wida terakhir di Mekah sebelum kewafatannya.

Baginda telah menegaskan bahawa sekiranya umat Islam tetap berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka mereka tidak akan sesat selamanya. Oleh sebab Sultan Salim 1 seorang pengamal Islam yang mengamalkan prinsip tersebut, baginda tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan agama serta tidak mengamalkan Islam seperti mana seruan Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya berkonspirasi dengan pihak yang beragama lain bagi mengancam keselamatan empayar baginda dan ini telah ditunjukkan dengan penyerangan ke atas Kerajaan Mamluk yang memberi bantuan kepada Shah Ismail.

KETOKOHAN SERTA PERANAN MUHAMMAD AL-Fatih DAN SALIM 1 DALAM MEMPERTAHANKAN KEGEMILANGAN TURKI UTHMANIYYAH.

Dalam menjana kemajuan dan kepesatan empayar Turki Uthmaniyyah, keperibadian atau ketokohan seseorang pemimpin menjadi pemacu dan penggerak kepada pembangunan serta kegemilangan empayar tersebut. Muhammad Al-Fatih dan Salim 1 ternyata tidak dapat lagi disangkal kerana masing-masing mempunyai ketokohan yang tersendiri dan disebabkan kecemerlangan mereka inilah menjadikan empayar Turki gah di mata dunia.

KETENTERAAN DAN PENAKLUKAN
Jika kita mengimbau ke zaman semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah di bawah Muhammad Al-Fatih dan Salim 1, masing-masing kita dapati mempunyai gaya atau stail tersendiri dalam menjalankan kegiatan ketenteraan dan penaklukan. Namun mereka mempunyai kesamaan dari konteks mempertahankan kota suci.

Muhammad Al-Fatih yang kita kenali sebagai pembuka dan penakluk telah menunjukkan ketokohannya dalam corak ketenteraan dengan menawan dan membuka lembaran baru dalam sejarah setelah menakluki kota Constantinople yang merupakan pusat utama golongan Kristian Ortodoks. Setelah penaklukan ke atas kota tersebut, beliau telah menukarnya kepada Istanbul dan menjadikan kota suci tersebut sebagai pusat umat Islam. Muhammad Al-Fatih telah banyak melakukan transformasi dalam struktur ketenteraan Turki Uthmaniyyah dan inilah faktor utama yang menjadikan empayar tersebut berjaya menawan kota suci Constatinople.

Muhammad Al-Fatih telah memperkenalkan penggunaan meriam bersaiz gergasi yang mampu melontarkan peluru seberat 1400 paun. Baginda juga merupakan seorang yang bijak dalam mencanai taktik peperangan sehingga berupaya menakluki kota Constantinople yang merupakan pusat Kristian Ortodoks ketika itu. Selain itu, Muhammad Al-Fatih telah menyelamatkan seorang jurutera berketurunan yunani iaitu Urban dari tahanan Constantinople untuk merealisasikan binaan arltileri yang tiada tolok bandingnya pada ketika itu. Meriam gergasi tersebut diberi nama Meriam Urban sempena nama jurutera yang mengilhamkannya. Teknologi ini seterusnya digunakannya dalam meneruskan proses perluasan kuasa ke wilayah-wilayah lain.

Kejayaan inilah merupakan perintis kepada kejayaan Salim 1 kerana pembaharuan yang dilakukan dalam bidang ketenteraan oleh baginda telah menyumbang kepada kekuatan, keamanan dan kestabilan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Salim 1 pula tidak kurang hebatnya dalam ketenteraan. Baginda yang digelar “Yavuz” kerana sikapnya yang tegas dan ini menyumbang kepada perluasan empayar Turki Uthmaniyyah. Lebih-lebih lagi baginda telah berjaya menjadi pelindung kepada kota suci umat Islam iaitu Kota Mekah dan Kota Madinah. Selain itu, keluasan empayar kerajaan Turki Uthmaniyyah juga bertambah luas dari 2.500.000 km² kepada 6.500.000 km².

Kedua-dua tokoh ini juga mempunyai persamaan dalam mencongak strategi dan taktik perang. Sebagai contoh, penelitian yang terperinci akan sebelum mengisytiharkan perang ke atas sesebuah kerajaan iaitu dengan mengadakan perjanjian damai dengan sebelah pihak sebelum berperang dengan pihak yang lain. Kita dapat menilai bahawa Muhammad Al-Fatih dan Salim 1 mempunyai alternatif dan inisiatif tersendiri dalam menghadapi peperangan yang besar. Hal ini dapat dibuktikan dengan Muhammad Al-Fatih telah membuat perjanjian damai dan memuaskan hati “Prince-prince”, Raja Maghyar, Bosnia dan Republik Venesia.

Dalam perjanjian tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak serang-menyerang selama tiga tahun. Perjanjian damai tersebut membolehkan Muhammad Al-Fatih menumpukan perhatiannya ke atas usaha untuk menakluki Kota Constantinople. Begitu juga dengan Salim 1, baginda telah membuat perjanjian damai dengan Kerajaan Mamluk di Mesir. Baginda berbuat demikian kerana ingin memerangi kerajaan Shafawid yang diterajui oleh Shah Ismail terlebih dahulu.

Setelah mengadakan perjanjian damai, kedua-dua Sultan ini akan bertindak untuk menyerang kerajaan yang menjadi sasarannya. Muhammad Al-Fatih menyerang Kota Constantinople manakala Salim 1 menyerang kerajaan Syafawid. Keberkesanan perjanjian damai ini dapat dilihat apabila kedua-dua Sultan ini berjaya dalam ekspedisi perang mereka. Berdasarkan kenyataan tersebut, kita dapat melihat bahawa kedua-dua tokoh ini mempunyai kebijaksanaan yang dikagumi ramai kerana mereka sanggup membuat perjanjian damai meskipun ramai para pembesar tidak menyetujuinya kerana faktor kemegahan.

Namun Muhammad Al-Fatih dan Salim 1 berjaya mengembalikan nostalgia semasa zaman Nabi Muhammad ketika membentuk perjanjian damai dengan kafir Quraisy dalam perjanjian Hudaibiyah. Pada mulanya ramai sahabat baginda tidak menyetujuinya namun natijahnya umat Islam akhirnya berjaya. Peristiwa inilah menjadi ikutan kedua-dua tokoh ini dan percaya setiap tindakan Nabi ini ada hikmahnya. Lalu mereka menterjemahkan kejayaan tersebut ke dalam strategi mereka untuk menawan Constatinople dan Syafawid.

Muhammad Al-Fatih berjaya menakluki Kota Constantinople dan Salim 1 berjaya mengalahkan kerajaan Syafawid dan pemerintahnya Shah Islmail dibunuh. Kejayaan Salim 1 ini belum lagi dapat menyamai kejayaan Muhammad Al-Fatih kerana beliau berjaya menakluki kota suci orang Kristian yang dikawal dengan baik oleh orang Kristian pada ketika itu di samping mendapat bantuan daripada Pope Vatican.

Walaupun begitu, baginda akhirnya menyamai pencapaian datuknya iaitu Muhammad Al-Fatih apabila baginda berjaya menakluki kerajaan Mamluk di Mesir yang merupakan penaung kepada kota suci umat Islam dan akhirnya menjadi pelindung kepada kota suci umat Islam. Perkara ini merupakan persamaan yang ketara bagi kedua-dua tokoh ini kerana telah menakluki kota suci yang memberikan impak yang besar kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Kedua-dua tokoh ini juga mempunyai perbezaan dalam prinsip peperangan mereka. Sasaran Muhammad Al-Fatih lebih menjurus kepada Eropah iaitu Orang Kristian dengan menggunakan Semangat Ghazi yang berasaskan bangsa Turki manakala Salim 1 lebih menjurus kepada Mazhab Syiah dan menekankan tanggungjawab orang Islam terhadap dunia umat Islam yang berbahasa Arab. Perbezaan prinsip ini telah membawa kepada perbezaan sasaran kerajaan yang hendak diperangi oleh Muhammad Al-Fatih dan Salim 1.

Muhammad Al-Fatih lebih menjurus kepada memerangi orang Kristian dan ini terbukti apabila baginda menakluki Kota Constantinople yang merupakan pusat Kristian Ortodoks ketika itu manakala Salim 1 lebih menjurus kepada kerajaan Syafawid yang berteraskan Mazhab Syiah. Mazhab Syiah ini merupakan ajaran yang berbeza dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu kerana kerajaan Turki Uthmaniyyah mengamalkan ajaran Al-Quran dan As-sunnah.

Umum mengetahui bahawa Muhammad Al-Fatih merupakan pemimpin yang telah dijanjikan kemenangannya. Hal ini dapat kita lihat sewaktu baginda dilahirkan, ayahnya Sultan Murad II sedang membaca Al-Quran dan tepat membaca Surah Al-Fath ayat pertama yang membawa maksud “sesungguhnya kami memberikan kemenangan yang nyata kepada kamu”.

Muhammad al-Fatih digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Muhammad al-Fatih juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah.

Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.

Manakala Salim 1 pula menghadapi perkara yang sama namun dalam keadaan yang berbeza iaitu sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir baginda telah membaca Surah Yassin dengan sahabatnya iaitu Hasan Jan dan ketika baginda menghembuskan nafas yang terakhir baginda dan Hasan Jan sedang membaca surah Yassin ayat ke-58 yang membawa maksud “aman”. Hal ini menandakan baginda telah mangkat dalam keadaan aman. Persamaan ini menandakan kedua-dua sultan ini mempunyai keberkatan daripada Allah S.W.T. dalam menjalankan tugasnya sebagai sultan dan juga sebagai simbol bahawa mereka menjalankan tugas mengikut ajaran Allah S.W.T. yang sebenarnya sama ada dalam pentadbiran, ketenteraan ekonomi dan juga sosial.

Salim 1 juga memiliki karismanya yang tersendiri dalam mengekalkan kemerdekaan empayar Turki Uthmaniyyah di mana beliau telah menggubal undang-undang yang digelar Qanun Nammah Mesir di Mesir bagi mengelakkan orang Yahudi menjalankan kegiatan penjajahan mereka ke atas orang Islam di Palestin.

SOSIAL DAN EKONOMI
Muhammad Al-Fatih dan Salim 1 merupakan pentadbir yang tidak mengetepikan bidang ekonomi dan melalui perluasan wilayah telah menjana ekonomi Turki Uthmaniyyah. Dengan penguasaan terhadap Constatinople, empayar Turki Uthmaniyyah berjaya menguasai jalinan perdagangan antara Timur dan Barat yang mana seluruh pedagang datang dari Timur seperti India, China, dan dari Barat iaitu Perancis, Britain, dan sebagainya.

Selain itu, penguasaan terhadap Laut Merah, Laut Mediteranean dan juga Laut Hindi juga membuka peluang kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam urusan perdagangan dan pengutipan cukai daripada perdagangan yang dijalankan di kawasan-kawasan tersebut dan pelaksanaan kutipan cukai ini dijalankan oleh leftenan-leftenan.

Dalam aspek sosial pula, kedua-dua tokoh ini telah banyak membuat pembaharuan. Langkah pertama Muhammad Al-Fatih lakukan ialah menukarkan status gereja Ayasofya kepada masjid yang diberi nama Masjid Ayasofya. beliau telah membina 11 buah lagi masjid yang mana salah satu masjid tersebut diberi atas nama beliau iaitu Masjid Al-Fatih. Selain itu, bagi menjamin kesejahteraan rakyat, beliau telah membina banyak bangunan seperti tempat mandi awam, tempat mandi mayat, perpustakaan dan sebagainya.

Salim 1 juga membina kemudahan-kemudahan kepada rakyatnya contohnya hospital, masjid dan sekolah. Di samping mempunyai masa singkat, dan sibuk dengan ekspedisi perang, baginda turut tidak mengabaikan keperluan rakyatnya. Salim 1 pernah menyumbangkan wang kepada rakyatnya bagi menampung keperluan mereka. Dapat kita lihat bahawa pemerintahan kedua-duanya amat mementingkan kebajikan rakyatnya sekali gus menjurus kepada pengekalan kemajuan empayar Turki Uthmaniyah.


KESIMPULAN
Sudah nyata kepada kita bahawa peranan serta ketokohan Muhammad Al-Fatih II dan Salim 1 telah mencetuskan era kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah. Kejayaan Muhammad Al-Fatih menawan Constatinople melalui strategi dan taktik ketenteraan yang luar biasa di samping mengaplikasikan kepentingan ajaran Islam dalam peperangan berjaya mengangkat martabat empayar tersebut.

Kegemilangan tersebut diwarisi oleh Salim 1 yang berjaya menjadi pelindung kepada Mekah dan Madinah melalui pegangan sebagaimana datuknya. Inilah persamaan kedua-dua tokoh ini walaupun masing-masing mempunyai matlamat peperangan yang agak berbeza dari segi kerajaan yang hendak diperangi.

Dengan penguasaan sepenuhnya terhadap Constatinople, Muhammad Al-Fatih sesuai menerima jolokan pembuka dan penakluk kerana berjaya membuka kota yang sebelumnya pusat umat Kristian Ortodoks dengan penaklukan ke atasnya. Kejayaan Salim 1 merobohkan kerajaan Mamluk di Mesir telah menjadikannya pelindung kepada Mekah dan Madinah. Implikasinya beliau digelar sebagai pelindung kota suci Islam dan mengukir sejarah sebagai khalifah pertama dalam empayar Turki Uthmaniyyah.

Konklusinya kedua-dua tokoh inilah merupakan pemangkin kepada era kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah melalui dasar-dasar pemerintahan yang berorientasikan kepada perluasan empayar di samping memiliki ketokohan yang hebat. Walau sehebat mana kegiatan penaklukan yang dijalankan, tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat tetap dititikberatkan oleh Muhammad Al-Fatih II dan Salim 1.

Sewajarnya para pemimpin haruslah menjadikan kedua-dua tokoh Islam ini sebagai panduan dalam menguruskan pemerintahan sesebuah kerajaan mahupun empayar.

BIBLIOGRAFI
  • Abdul Karim Abdullah dan Hamidah Samsudin, Sejarah Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976.
  • Al-Hikmah, Al-Quran dan Terjemahan, Bandung; Penerbit Diponegoro, 2005.
  • Dr. Shafiq A.Mughni, Sejarah Kebudayaan Islam di Turki, Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 1997.
  • Hamka, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1997.
  • Hasanuddin Ahmed, A brief History of Islam, New Delhi: Goodword Private Ltd, 2004.
  • John L. Espito, The Islamic Threat Myth Or Reality, New York: Oxford University Press, 1992.
  • Lois A. Aroian, Richard P. Mitchel (diterjemahkan oleh Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah dan Africa Utara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
  • Masudul Hasal, History of Islam (Revise Edition) Vol. II (Classic Period 1206-1906 C.E), New Delhi: Hanes Publication. 2006.
  • Mehmet Maksudoglu, Osmanli History 1289-1922, Malaysia: International Islamic University, 1999.
  • Muhammad Yusoff Khandalawi, Muntakhab Ahadith, Kuala Lumpur: Klang Book, 2004.
  • Norman Itzkowitz, The World Of Islam, London; Thames And Hudson Ltd, 1976.
  • Sultan Selim The Excellent (1470 - 1520 ), http://www.ottomanonline.net/sultans/9.html, 10. Mac 2009.
[ Baca Seterusnya... ]

Saturday, March 13, 2010

Meneladani Ketokohan Sultan Muhammad al-Fateh, HAMKA dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi



GPTD ingin menjemput anda sekalian ke Wacana Ilmu GPTD Online seperti berikut :

Tajuk:

"Meneladani Ketokohan Sultan Muhammad al-Fateh, HAMKA dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi; Satu Diskusi oleh Relawan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)"


Pembicara :

MODERATOR : Saudara Najmuddin Mohd Nawi, Setiausaha Agung GPTD

a. Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD

b. Saudara Muhammad Suhail Ahmad, Presiden GPTD, Relawan GPTD di Guongzhou,
Pengerusi Kelab Laksamana Cheng Ho GPTD

c. Saudara Izwan Suhadak, Penasihat Kelab Hamka, GPTD Unisel, Naib Presiden GPTD

d. Saudara Faiz Mas Darwin, Relawan GPTD di Istanbul

e. Saudara Bayfateh Faizul Afzan, Pengerusi Grup al-Fateh, Pengerusi GPTD Kelantan

f. Saudara Zul Amin, Pengerusi Generasi Jil Salahudiin Al-Ayyubi

g. Saudara Shazni Abdullah, Relawan GPTD di Syria, Timbalan Presiden GPTD

h. Saudara Addawiyah Salim, Koresponden GPTD di UK

Tarikh: 14 Mac 2010/28 Rabiulawal(Ahad-Tarikh United Kingdom)
15 Mac/29 Rabiulawal(Isnin-Tarikh Malaysia)

Masa: 8 malam - 9.15 malam (Waktu UK) / 4 pagi - 5.15 pagi (waktu Malaysia)
Boleh periksa masa anda melalui: http://www.timezoneconverter.com/cgi-bin/tzc.tzc

Medium Perbincangan: http://misgtv.blogspot.com/.(Sila buka web site ini untuk maklumat 'online') Room & Online TV akan dibuka dari jam 7:00 malam waktu UK.





[ Baca Seterusnya... ]

Friday, March 12, 2010

WASIAT OSMAN GAZI KEPADA ANAKNYA ORHAN

Sultan Osman Gazi (1299 – 1324)

Ketika gering di pembaringan, Sultan Osman Gazi telah menyampaikan wasiatnya yang menjadi garis panduan dan ikutan para Sultan yang meneruskan teraju pemerintahan Osmaniyyah selepasnya. Wasiat yang disampaikan kepada anaknya Orhan (Orkhan) Gazi itu telah dicatat oleh muarrikh (pencatat sejarah) bernama Asik Celebi (Aa-shik Chelebi). Wasiatnya berbunyi:


“Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan, maka bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama’ untuk mencari jalan penyelesaian”



“Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli Syariah…”


“Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh…”

“Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!”

[ Baca Seterusnya... ]

Saturday, July 25, 2009

Kembara Korea 2009




Jeonju, Korea 26 Julai 2009 - Wakil GPTD Kelantan, Saudara Kamil telah memulakan misi pengembaraan di Korea Selatan selama 10 hari bersama wakil GPTD Pusat iaitu Saudara Suhail, Saudara Hakim dan Saudara Afif.

Antara objektif kembara kali ini ialah mendapatkan maklumat komuniti muslim yang berada di sekitar Korea. Pengembaraan kali ini lebih menarik kerana mereka bukan sekadar berada di Seoul bahkan mereka akan menjelajah lebih kurang lima negeri di sekitar Korea. Sekarang mereka berada di Joenju selama dua hari sebelum bertolak Daejon.





Dalam misi penjelajahan ini, perkara utama yang ditekankan adalah untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman bersama komuniti muslim dan juga non muslim di Korea dengan harapan agar ia dapat dijadikan panduan untuk masa mendatang.

Dan jika tiada aral melintang, satu dokumentasi Korea akan dibukukan untuk panduan semua. InsyaAllah. Doakan mereka selamat pergi dan pulang. [ Baca Seterusnya... ]

Thursday, June 11, 2009

Sultan Muhammad Al-Fatih : Perspektif Ustaz Muhammad Fauzi

Dari perspektif : Ustaz Muhammad Fauzi



Lakaran sultan Muhammad al-Fateh



HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.




Guru al-Fateh berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican




Rantai yang merentangi Teluk Horn



Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.



Inilah rantai yang digunakan



Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.






Kapal merentasi gunung - laluan coklat di belakang sebelah kanan



Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin




al-Fateh sebagi pemimpin yang berkarisma dan berwibawa



Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


[ Baca Seterusnya... ]